Wednesday, June 5, 2013

Yes...Aku Mahu Kamu(5)

Terkocoh-kocoh Fatin menaiki bus. Bus tersebut akan membawa mereka berempat ke destinasi yang ingin dituju. Destinasi yang sangat ingin dituju oleh Fatin. Iye la..untuk bertemu dengan kekasih hatinya yang diminati secara diam-diam. Malu untuk meluahkan apa yang terbuku di hati.

Tapi niatnya..suatu hari nanti, akan dia luahkan apa yang tersimpan rapi dalam hati ini. Yup! suatu hari nanti. Bila masanya akan tiba..Semuanya akan indah. Seperti drama Korea yang selalu Fatin tonton selepas mengulang kaji pelajaran. Trend terkini, hampir kesemua anak gadis akan mempunyai seorang artis lelaki Korea yang snagta-sangat mereka minati termasuklah Fatin. Siapa yang dia minat..Biarlah rahsia...

"Ehh..kau nie Fatin..relax dah la..kalut semacam nie kenapa weyh?" Tanya Yana kehairanan dengan sikap kawannya seorang ini.

"Tak ada apa la..aku cuma..emm...hah! cuma nak cepat sampai hospital ja.." balas Fatin tersekat-sekat dalam mencari idea untuk menutup malunya..

Itu la kau Fatin..tak sedar yang kau dating sekali dengan kawan-kawan sekolah..kalau dorg tahu manunya kau malu..tak datang sekolah..tambah-tambah nak menghadap muka buah hati kau uh..relax Fatin..relax..just cool down..dia tak ada apa-apa la..mak ayah dia mesti akan jaga dia punya..kau jangan risau la..

"Iye2 je kau nie..aku pun tenguk pelik je." tambah Shah.

"Tak ada apa-apa la. Aku ok jaa..korg tak payah la risaukan.." balas Fatin cepat.

"Emmm..tak apa la kalau camtu.." Yana menambah.

Masing-masing mengambil tempat duduk..Fatin disebelah Yana. Shah pula duduk di sebelah Fikri. Fikri dari tadi lagi tak bercakap langsung. Khusyuk benar dia melayan lagu. Itulah tabiat si Fikri seorang ni. Memang itu je kerja yang dia tahu..Lagu..lagu..tapi English dia..uiishhh..kalah Mak Jemah..tip top beb!! itu lah hasilnya dari dengar lagu English..


Setelah hampir sejam mereka berada dalam perut bus..akhirnya, sampai juga ke Hospital Pantai. Alhamdulilah..

Mereka berempat terus menuju ke kaunter pendaftaran untuk bertanyakan mengenai di mana bilik Amir Rizqi..

Kedudukannya yang agak tersorok sedikit menyulitkan mereka untuk mencari dengan sendirinya. Nasib baik ada jururawat yang baik hati tolong tunjukkan di mana letaknya bilik tersebut.

"Assalamualaikum, pakcik dan makcik." Shah menegur dan menyalam ayah dan mak Amir. Diikuti oleh Fikri, Yana dan akhir sekali Fatin.

"Sejuknya tangan kamu, nak.." cakap mak Amir kepada Fatin.

"Haa..mana ada mak cik.." balas Fatin kaget.

Dia mula mencari kelibat katil Amir dari ekor matanya..

"Pergi lah tenguk kawan kamu tu nak. Makcik dengan pakcik nak balik dulu. Malam nanti kami dating balik." ayah Amir bersuara.

"Iye pakcik. tapi macam mana dengan keadaan dia.? " Tanya Shah untuk mendapatkan kepastian berkenaan dengan keadaan Amir yang sebenar.

"Macam tu la..tak sedarkan diri. Doktor cakap dia perlukan masa yang agak panjang untuk pulih semula." balas ayah Amir.

Fatin tekun mendengar apayang dibincangkan oleh Shah dengan ayah Amir.
Yana pula sibuk bersembang dengan maknya. Barangkali, bertanyakan tentang keadaan diri shabat mereka.

Selepas kepulangan mak ayah Amir, mereka terus menuju ke katil Amir Rizqi. Fatin pula, tak sanggup untuk meneruskan langkahnya. Berhenti dengan sendirinya. Matanya masih menatap wajah Amir. Indah saja.

"Weyh, fatin..apa yang kau tercegat dekat situ? sini la." Yana brcakap.

Memecah kesunyian di antara mereka berempat.


Fatin kuatkan semangat. Dia melangkah dengan minda yang sarat dengan persoalan. Siapa yang sanggup buat Amir sebegini? Kenapa dia yang kena? Aku sanggup emnjadi galang-gantinya.

Hampir menitik air mata apabila melihat keadaannya. Fatin, kau seorang yang kuat..kau harus tabahkan hati..kalau kau macam ni, macam mana kau nak bantu pulihkan dia.??

Yup.!! Aku harus kuat..ini adalah satu ujian dari Allah kepada hambanya.

"Jom la..aku nak balik. Dah lewat petang, nanti mak aku cari. Tadi aku tak sempat nk cakap." Fikri bersuara selepas agak lama mendiamkan diri.

"Ok juga. Lagipun sekarang dah pukul 6.15 petang.Jom korang." Shah bersuara sambil melihat jam di pergelangannya.

"Emm..tak pa la korang..Korang balik dulu..Kejap lagi aku balik..Aku nak duduk sini kejap." balas Fatin.

"Betul nie?? " Tanya Yana inginkan kepastian.

"A'a..betul la..aku nak temankan Amir kejap..Korang tak payah la risaukan aku..Ni hospital la.. Terjamin tak akan ada penculik bersiri. Kalau ada pun, aku akan jerit minta tolong." balas Fatin untuk menyakinkan sahabat-sahabatnya.

Semua orang ketawa bila mendengar apa yang diucapkan oleh Fatin. Dirinya sendiri pun tersenyum sedikit. Agak kelakar.

"Ok la kalau macam tu.Apa-apa nanti kau kol je kteorang." balas Shah.

"Ok." balas Fatin ringkas.

No comments:

Post a Comment