Fatin memerhati Amir dengan pandangan yang penuh kasih sayang..Kasih sayang yang ada hanya untuk Amir sahaja. Tak mungkin akan ada lelaki lain yang akan bertakhta di hatinya. Tapi, takdir Allah SWT , siapa yang tahu apa akan terjadi kejap lagi..sesaat? seminit? sejam akan datang? tak ada yang pasti. Cuma kita sebagai hambanya perlulah berdoa.
*********************************************************************************
Rutin hariannya..
Selepas sahaja waktu persekolahan tamat, kakinya akan melangkah ke perhentian bus. Tujuannya hanya satu..Hospital! Yup! Hampir dua minggu. Tanpa sedar masa berlalu begitu pantas. Niatnya untuk menjaga Amir disambut baik oleh keluarga sebelah Amir. Maklum la, mak ayah Amir sibuk dengan tugas masing-masing. Tak mampu untuk memberi perhatian yang sepenuhnya.
Tapi, Fatin tak kisah dengan semua itu. Yang penting, apabila mata Amir terbuka nanti, dia berharap sangat yang dia ada di sisi Amir waktu itu.
*****************************
"Assalamualaikum, mak cik." tegur Fatin dengan sopan.
Seperti biasa pasti akan ada buah tangan yang dia akan bawa untuk keluarga Amir. Dia ikhlas.
"Wa'alaikumusalam. Masuk lah Fatin." jawab mak Amir. Ayahnya tiada. Barangkali, masih sibuk di pejabat. Ada urusan penting yang perlu di selesaikan demi mencari nafkah yang halal untuk anak isteri tercinta.
"Macam mana dengan keadaan dia? Macam biasa?" tanya Fatin. Soalan yang sama akan diulang untuk setiap hari. Dia terlalu ingin mengambil tahu perkembangan Amir Rizqi.
"Macam tu la Fatin. Tak ada apa-apa. Cuma doktor ada suruh mak cik bersembang dengan dia. Katanya,
patient akan dengar apa yang kita sampai kan." balas mak Amir.
"Owh, yeke? Tak apa lah mak cik. Saya akan cuba bersembang dengan dia. Mana tahu kan. Kalau Allah SWT nak beri keajaiban. Bila-bila masa sahaja akan boleh terjadi." jawab Fatin ringkas.
Dalam hatinya, dia menanam satu semangat yang baru. Dia akan berusaha dan terus berdoa kepada Maha Pencipta.
Hari berganti hari.. Minggu berganti minggu..
Tapi Fatin tak pernah jemu. Dia cuba sedaya upaya. Segala kenangan Amir bersama teman-teman sekolah, akan dia ceritakan kembali. Shah, Yana dan Fikri turut membantu. Mereka akan datang melawat setiap hujung minggu. Sentiasa memberi kata-kata semangat kepada sahabat mereka yang terlantar sakit. Tak lupa juga, kiriman doa kepada Maha Esa.
Fatin terlelap seketika.Mungkin disebabkan letih. Terkejar-kejar dari sekolah ke hospital.
Dia tersedar apabila berasa jari jemari Amir bergerak.Walaupun perlahan, ia cukup membuatkan hatinya gembira..
Alhamdulilah..!!
Kuasa Allah SWT.. Akhirnya, doa Fatin dimakbulkan.
"Doktor..Nurse.." jeritnya.
Jururawat yang ada pada shif malam tersebut terkejut dengan teriakan Fatin. Terus mereka menunjukkan tugas mereka dengan penuh dedikasi.
Jururawat memeriksa nadi, denyutan jantung Amir. Begitu juga dengan tekanan darahnya. Semuanya, berada dalam keadaan normal.
Fatin terus menelefon mak dan ayah Amir.Begitu juga dengan kawan-kawannya. Memberitahu berita gembira.
Semua terkejut mendengarnya..Satu keajaiban berlaku. Mak ayah Amir terus bergegas datang ke hospital selepas dimaklumkan oleh Fatin.
"Fatin, macam mana dengan keadaan Amir? Apa doktor cakap? Dia dah boleh bercakap?" tanya mak Amir bertalu-talu. Pelbagai persoalan menjengah di minda nya barangkali. Semuanya perlu di jawab dengan tenang.
"Alhamdulilah, mak cik..semuanya ok. Doktor cakap keadaan Amir bertambah baik. Berkat kesabaran dan doa dari mulut ibu dan ayahnya yang sangat mengasihinya." jawab Fatin sambil tersenyum.
"Alhamdulilah..terima kasih, Ya Allah..Kau telah sembuhkan anakku." mengalir air mata seorang ibu. Yang sangat merindui gelak tawa anaknya.
Hampir 6minggu, Amir bernafas menggunakan bantuan pernafasan. Tapi sekarang tak lagi. Semuannya kembali normal. Dia dah mula tersenyum dan mula mengeluarkan suaranya.
Fatin gembira dengan perubahan tersebut..Dipanjatkan kesyukuran kepada Illahi.
No comments:
Post a Comment