Wednesday, April 24, 2013

Yes..Aku Mahu Kamu (3)


      Pada mulanya, Farish sangat teruja apabila terima pangilan dari si Fatin. Tetapi, dia sedar yang dia hanya bertepuk sebelah tangan. Tak mungkin si Fatin menjadi miliknya. Hati gadis itu sudah dipenuhi oleh seseorang, iaitu kawan rapatnya sendiri, Amir Rizqi. Tak tega rasanya seorang sahabat yang boleh digelar adik beradik, sanggup menikam sahabatnya sendiri. Itu bukan prinsip hidup Farish.

"Yup.! aku akan bantu Fatin supaya dia kembali rapat semula dengan Amir." Farish bermonolog sendirian.

"Ok. nanti u inform saja dekat I, Fatin. I akan bantu U untuk dapatkan kembali hati Amir. " balas Farish di corong telefon.

"Are you serious? U nak tolong I..thank so much Farish..I tak sangka yang U sanggup bantu I. " balas Fatin keriangan.

"Welcome, Fatin. " Farish menjawab.

      Pertemuan kali ini diatur setelah Fatin menghubungi Farish. Dari kejauhan, sudah kelihatan dua jejaka tampan yang sangat berkaliber. Luaran sudah mencerminkan tuan punya badan. Dengan kekemasan pada pakaiannya dan juga ketinggian mereka sudah seperti model. Siapa yang terpandang untuk kali pertama , confirm akan pandang untuk kali kedua. Ciptaan Allah SWT yang cukup sempurna..


"Hai..dah lama korang tunggu? Sorry laa..nk ajak si Amir ni lunch dekat sini bukannya senang. Macam-macam alasan yang dia kasi. Itu la, ini la..ada-ada ja.." Farish memberi keterangan yang panjang lebar.

Fatin tersenyum bahagia melihat jejaka idaman nya berada di depan mata. Walaupun hanya dengan senyuman nipis yang nampak hambar. Itu sudah cukup membuat hati Fatin berbunga seketika.

"Woitt..apa la ko nie Fatin. tak boleh nak cover sikit pun. Kenalkan la aku siapa kat sebelah dia uh.." tegur Lily.

Budak Lily nie kan..tak sempat aku nak ambik mood..baru nak happy-happy, dia dah ganggu..aishmen..kacau la ko nie, Lily..bentak Fatin dalam hatinya. Cuma tak dapat nak diluahkan dengan kata-kata saja.

"Owh..sorry2..ni aku kenalkan Farish. Farish, nie Lily yang I cakapkan dulu. Sahabat I dari dulu lagi." balas Fatin.

Lily Arisya dan Farish masing-masing kaku. Tanpa sepatah kata. Hanya dengan pandangan mata sahaja cara mereke berinteraksi. Akhirnya, senyuman yang manis dihadiahkan buat Farish dari Lily Arisya.

"Ehem2..sudah-sudah la tu..perut aku dah lapar taw tak..dari tadi lagi dia berbunyi. Jom kita masuk dalam.." ajak Fatin yang mula dapat menghidu apa yang akan berlaku selepas ini.

" Jom Amir." ajak Fatin penuh kelembutan dan sopan.

"Yea. Tak apa, U jalan dulu." balas Amir. Dia pun sudah mula perasaan pandangan Farish kepada Lily Arisya..Yup! Sangat cantik..sesopan seperti namanya..senyuman yang cukup manis pada pandangannya..tetapi sayangnya, hatinya sudah terpaut pada seseorang..Seseorang yang membuat hidupnya bahagia..tersenyum sorang-sorang bila teringatkan si dia.

No comments:

Post a Comment