Akhirnya..kad nama yang diberi oleh Farish ditenung lama oleh Fatin..
"Woit, fatin..apa yang kau buat tu? Nanti bos datang baru la kau kalut minta aku coverline." bebel Lily Arisha..
Lily Arisha..cantik dan sopan..seperti nama tuannya.Merupakan sahabat karib kepada Fatin Natasha.Mereka berkawan rapat semenjak di university lagi. Disebabkan satu course yang sama, satu bilik.Akhirnya terjalin lah satu ukhwah diantara mereka.
"Emm..xada apa la.aku just tilik benda alah ni jaa.bukannya aku berangan pon." balas Fatin..
Haish..Lily ni pon satu..tak payah la nak membebel macam burung kak tua..bukannya ada untung apa pon.kalau bos datang, tengok muka kau pun dia terus cair..cair beb! al maklum la..senyuman kau tu boleh buat semua lelaki terpana..jeles aku..nasib baik la kau ni kawan merangkap bestfriend forever aku..kalau tak, dah lama aku cop kau sebagai musuh utama..
eh..kejap..apa kena mengena Lily dengan hal aku ni..haa..itu la Fatin..suka lagi berangan..lepas tu, apa yang kau berangan kau sorang je yang faham..yang mengerti..
Fatin oh Fatin..bawa-bawa la beristighfar sikit..
"Yela..setiap kali aku Tanya kau, itu je la jawapan selamat yang kau bagi.." jawab Lily sambil tangannya lincah mengambil kad nama yang dipegang oleh Fatin.
"Woii...bagi balik la..ikut sedap hati kau je nk rampas.kalau nak tengok minta la elok-elok..ni tak..main sambar je.." suara Fatin mula meninggi kerana terkejut dengan tingkah laku Lily..
"Ala beb..kau nie..dah sedia maklum kan..aku memang macam ni..terima jela sahabat kau ni dengan hati yang redha.orang cakap, kita kena selalu redha dengan apa yang terjadi.baru la hidup bahagia..tengok macam aku ni" balas Lily sambil tersengih dengan giginya yang tersusun rapi.
"Ok..kau la menang..bab-bab agama ni, aku low sikit..kau je y selalu xtravaganza..so, kena la aku dengar celoteh kau.." suara Fatin mula mendatar.
"haa..kan bagus kalau begitu..itu la namanya anak dara yang manis dan sopan..macam aku ni.."Lily menjawab.
"haish..minta simpang malaikat 44 la kalau macam ni..x nak la aku..tapi memang tak dapat nak sangkal lagi..kau memang sopan dari aku kan..so, apa kata kau tolong aku.please Lily.." Fatin mula menayangkan simpatinya.
Si Lily ni pun satu..pantang orang minta tolong sikit, dia terima je bulat-bulat.
"ok..apa yang kau nak minta aku tolong? tapi sebelum tu kau kena janji dengan aku yang kau harus tambah wajib belanja aku shopping bulan ni.amacam? setuju x? " Lily mula mendapat akal untuk kenakan si Fatin yang selalu bulinya. Ini saja peluang yang ada..peluang emas, jangan dilepaskan..hehehe
Fatin setuju..Lily tersenyum bahagia..tapi bagi Fatin apa yang penting dia dapat menawan kembali hati kekasih lamanya..yang telah ditinggalkan bertahun-tahun lamanya..Amir Rizqi..lelaki yang sering menganggu tidurnya.
Tapi dalam waktu yang sama, hatinya tertanya-tanya..
Adakah Amir Rizqi pujaannya sudah berpunya? sudah berkahwin ke belum?
Apa akan terjadi sekiranya kekasih pujaannya telah mendirikan rumah tangga? Sanggupkah dia menerimanya dengan hati yang terbuka?
Owh..tidak..!! itu semua tak akan terjadi sama sekali..aku sayangkan Amir..
Fatin mula mengatur rencana dengan bantuan Lily yang sanggup menawarkan khidmatnya. Dari A-Z Fatin menerangkan kepada sahabatnya itu. Supaya si Lily faham apa yang terpendam di hatinya selama ini.
" Orait bos..aku dah faham benar dengan apa yang tersirat dan tersurat dalam hati kau tu. so, nak tanya kau, bila nak mula? aku dah tak sabar nie..boleh la aku berkenal-kenalan dengan Farish, kawan dia tu. kira ok la..kau ambik Amir, aku sambar Farish...hehe" Lily dah mula seronok dengan idea si Fatin.
"Kau nie kan..kalau dari luaran memang orang tak sangka sikap kau macam nie..dengan bertudung litupnya,dengan sopan santun bila berjalan..tapi bila bab macam ni, kau yang dulu-dulu.Haish.apa nk jadi la dengan member aku nie.." bebel Fatin.
"Ala..kau nie..cakap dekat orang, kau pun sama apa..dari dulu masih setia menunggu Mr Right kau..so kira ok la dengan aku yang single mingle lagi ni..kau jugak cakap si Farish uh single lagi..so tak salah aku nak mencuba..sekarang ni tak ada lagi istilah perigi cari timba..yang ada timba cari perigi..kau nak tau sebabnya? " balas Lily mempertahankan hujahnya.
"Apa dia?" jawab Fatin ringkas.
"Betul kau nak tau?" balas Lily.
"Eh..kau ni kan..ada je nanti yang masuk hospital sebab bergurau senda dengan kawan sendiri." muka Fatin dah mula merah.
"Yela..aku cakap..kau ni..orang nak melawak pun tak boleh..asyik nak melenting je..datang bulan ke apa budak nie..sebabnya zaman sekarang dah tak ada lagi lelaki cari perempuan, sebab sekarang populasi perempuan terlalu tinggi dari lelaki..faham tak? " Tanya Lily..
"ntah..aku tak faham dan tak nak faham..memeningkan kepala aku yang sedia kala rungsing nie..Lily, kau jangan lupa ek..janji kau pada aku..nanti aku tuntut bila aku perlukan bantuan dari kau." balas Fatin yang tak nak ambik tahu.
"Yela..aku ingat sangat2..disebabkan si Farish, CEO CGB Holdings..melepas aku kalau aku tak kejar dia..rugi yang amat sangat. dan kau jangan buat-buat lupa pula bila aku dah jalankan tanggungjawab aku, kau pun kena jalankan tanggungjawab kau..deal? " balas Lily.
"Deal.aku janji.."balas Fatin ringkas.
No comments:
Post a Comment