"Selamat pagi, cikgu." Ucapan yang biasa diberikan kepada setiap guru yang baru masuk ke kelas. Selalunya ia merupakan tanggungjawab seorang ketua kelas yang sangat berdedikasi dalam menjalankan tugasnya. Bukan calang-calang orang ye..
Semua pelajar bangun dan memberi hormat kepada guru mereka. Tetapi, Fatin masih duduk di bangkunya. Nasib baik Cikgu Zahra tak perasaan. Ini kerana kedudukan yang jauh di belakang kelas dengan keadaan dirinya yang kecil molek. Kalau tak memang kena denda la. Siapa tak kenal dengan ketegasan Cikgu Zahra. Tapi, dia seorang yang ceria dan baik hati.
Pandangan Fatin masih tetap pada tempat duduk Amir Rizqi yang kosong.
"Ke mana hilang budak ni. Terus aku tak ada mood nak sambung belajar kalau begini." Fatin bermonolog.
"Eh..korang tak tahu ke yang Amir accident waktu dia nak datang ke sekolah petang semalam. Nak berlatih ragbi yang tak lama lagi akan ada games dengan jiran sebelah kita." cerita Shah kepada kawan-kawanya.
Terkejut Fatin bila mendengarnya. Jantungnya berdegup laju. Sekencang tiupan rebut taufan Sandy yang melanda New York.
"Laa..yeke? patut la aku tak Nampak dia pagi ni. Kalau tak confirm akan ada muka dia yang tengah tidur atas meja waktu aku sampai ke kelas pagi ni. Hospital mana, weyh? " Tanya Fikri.
" Tak silap aku Hospital Pantai. Korang nak tak lepas waktu sekolah kita pergi melawat dia." Yana memberi cadangan.
"Ok juga tu. Nampak sikit yang kita ni ambik berat pasal dia." balas Shah.
Kemudian, mereka bertiga menumpukan perhatian kepada pembelajaran hari ini. Mata masing-masing fokus ke arah papan hitam. Cikgu Zahra pula asyik memuntahkan apa yang ada di dalam mindanya ke atas papan hitam tersebut untuk disalin oleh para pelajarnya. Begitulah rutin harian seorang guru. Cuba memberikan yang terbaik kepada murid-muridnya. Ilmu yang selama ini ada, tak akan disimpan begitu sahaja.
Fatin pula tak dapat nak memberi 100% tumpuan pada apa yang diajar oleh Cikgu Zahra. Mindanya ligat memikirkan apa yang terjadi kepada secret admirer nya, iaitu Amir Rizqi.
"Kenapa aku tak leh nak focus ni? Haish..sudah-sudah la..pergi la jauh-jauh dari minda aku ni." Fatin cuba mencari kekuatan yang hilang.
Tetapi mindanya masih tak dapat nak memberi 100% fokus tentang apa yang diajar. Tetiba, lirik lagu I Never Told You ciptaan Colbie Caillat berlegar-legar di mindanya. Ya..! Itu satu-satunya lagu yang mengubat hatinya ketika rindunya kepada Amir Rizqi bertamu.
But I never told you what I should have said..
No, I never told you, I just held it in...
Mungkin lirik lagu ni tak 100% kena dengan situasinya sekarang tetapi bait-bait kata di atas sangat bererti buat dirinya.
Sejam setengah telah berlalu, masa Cikgu Zahra telah tamat dan diganti pula dengan guru lain. Sayangnya, dalam masa sejam setengah itu, fikiran Fatin berada diawang-awangan. Dia berasa tidak selesa dengan apa yang didengarinya tadi. Dia cuba beristighfar. Mulutnya memuji kebesaran Allah SWT. Dia tak lupa untuk berdoa kepada Maha Pencipta.
Waktu persekolahan telah tamat. Dia bergegas menyimpan semua buku-buku dan alat tulis di dalam beg sekolahnya. Buku-buku yang tak ada latihan di letak di dalam loker yang disediakan khas untuk para pelajar oleh pihak sekolah. Sekurang-kurangnya, ia dapat membantu para pelajar. Tak perlu nak membawa buku yang berat setiap hari ke sekolah. Akan memberi beban jika buku yang diperlukan tak dibawa. Macam mana nak belajar kalau buku tak ada, nak dijadikan sebagai rujukan.
Akhirnya, dia memberanikan diri untuk bercakap dengah Shah.
"Weyh, korang lepas ni nak terus ke hospital kan? Aku nak join sekali boleh tak?" Tanya Fatin kepada kawan-kawanya.
" Ok ja..jom la. kiteorang memang nak pergi pun. Kalau kau nak join boleh ja." balas Shah mengetuai Fikri dan Yana.
Fikri dan Yana mengangguk tanda setuju dengan jawapan yang diberikan.
" Thank weyh. Jom la kalau macam tu." balas Fatin kegirangan.
Hilang sedikit rasa risau yang bertamu dihatinya. Harapannya supaya keadaan Amir tidak teruk.
No comments:
Post a Comment