Pertemuan yang tak disangka. Akhirnya mereka bertemu kembali setelah bertahun-tahun terpisah. Itu lah yang dinamakan takdir ataupun jodoh? Semua itu terletak pada tangan Allah SWT. Kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukan segala-gala nya.
Fatin Natasha sangat gembira dengan pertemuan ini. Dia kembali setelah sekian lama menghilang.
"Haish..makin hensem la Amir. Agak-agak dia dah ada yang punya ke belum ek?" Fatin bermonolog sendirian sambil tersenyum bahagia.
Siapa tak tahu kisah cinta mereka. Habis semua cikgu termasuk pengetua tahu tentang hal ni. Sejak zaman sekolah rendah lagi. Fatin Natasha dan Amir Rizqi memang sangat rapat.Senang cerita, kemana ada si Amir, disitu la akan ada muka Fatin. Macam belangkas. Kemana nak bersama jugak.
Akhirnya, dengan segala kekuatan yang ada, Fatin menuju ke arah meja yang menempatkan dua orang pemuda itu. Yang pasti dalam minda Fatin sekarang adalah si Amir. Amir Rizqi.. satu-satunya lelaki yang boleh membuat dia tak tidur lena apabila memikirkannya.
"Hye. Awak Amir kan? " tanya Fatin dengan muka yang cuak. Bukan apa takut nanti tersalah orang. Tak ke malu. Menjatuhkan martabat kaum Hawa ja.
Amir mendongak sedikit. "Hye. Ye. I Amir. U siapa? " tanya Amir kehairanan. Bingung kerana tiba-tiba ada gadis menegur mereka berdua yang sedang enak menjamu selera.
" Tak kenal dah ke? Cuba ingat balik zaman sekolah rendah dan menengah. Seorang budak perempuan yang akan sentiasa ikut Amir kemana saja. " balas Fatin dalam usaha untuk membuat si Amir ingat kembali.
"Owh..I remember. U are the one who always be beside me since primary school until secondary school. Fatin Natasya. It's it? " tanya Amir kembali meminta kepastian.
Mak aiihh..tak kan dah tahu nak cakap Bahasa Melayu aka bahasa kebangsaan sendiri.
"Speaking la pulak mamat nie..mentang-mentang la further study dekat US mula la lupa asal usul." Fikiran Fatin dah mula menerawang.
"Hello! I tanya ni. Yang U muka macam tu kenapa? " tanya Amir dengan suara yang cukup membuat Fatin terkejut.
"Haa..tak ada apa. Yela. Betul la tu. Fatin Natasya." jawab Fatin ringkas. Tapi dalam hati dah mula rasa sesuatu. Wah! Sesuatu? Apakah itu? Adakah cinta monyet mereka akan kembali berputik. Mekar seharum bunga kasturi. Merah bak buah delima.
"Ok. Kenalkan ni kawan I. Farish Rizuan." Amir memperkenalkan teman yang disebelahnya.
"Owh.ok. Saya Fatin Natasya." balas Fatin ringkas. Bukan itu yang aku aim. Aku aim orang kat sebelah kau ni. Amir Rizqi yang menjadi lelaki pujaan Malaya.
"Come Fatin. Join us." Farish membalas dengan senyuman yang cukup manis. Kalau perempuan mana yang tengok pasti cair punya. Tapi sorry la ek. Ni Fatin Natasya. Tak akan cair dengan cepatnya melainkan Amir yang senyum begitu. Panahan cinta Amir Rizqi dah datang.
"Emm..ok jugak. Lagipun I tak lunch lagi. Bosan juga lunch sorang-sorang." balasku dengan senyuman yang penuh makna.
Fatin..ingat sikit diri kau tu sapa. Kau perempuan. Jaga tatasusila.
Aku tengah jaga la ni.Bukannya aku makan berdua dengan si Amir.Bertiga ok.! Sekali dengan member dia yang banyak cakap ni.
Kalu macam tu tak apa la. Tapi kau jangan lebih-lebih pulak. Tengok si Amir tu. Dah naik menyampah tengok muka kau.
Eh..cakap baik-baik sikit ye. Muka aku ni setiap bulan buat treatment ok. Setiap hari aku cuci muka. Aku letak toner. Dah comel apa.
Hahahaha..tolong la..jangan nak berangan lebih-lebih boleh tak Fatin? Memang la muka kau tu halus mulus, putih dan tak ada bukit yang timbul. Kalau tak faham apa tu bukit, dalam bahasa mudah dia ialah jeragat. Haa..faham tak? Tapi tak pernah kau terfikir kenapa si Amir ni melarikan diri dari kau selepas kau luahkan perasaan pada dia? Nampak sangat dia tak nak kau.
Tak. Selagi aku tak cuba pikat kembali hati dia, selagi tu aku tak akan menyerah. Fatin Natasha bukan seorang yang mudah nak menyerah. Tambah-tambah hal berkaitan dengan hati dan perasaan. Bertahun-tahun aku tunggu kepulangan dia. Dalam masa tu juga la, macam-macam jenis lelaki yang aku jumpa. Senang cerita, nak ngorat aku. Tapi sorry la ye..hati ni dah berpunya.
Milik siapakah gadis ini?
Wajah lembut bagaikan sutera
Ingin hatinya ku miliki
Milik siapakaj hati ini?
Bagai berkurun lama kesepian
Ingin aku mencurahkan kasih
Kepada yang sudi
Adakah ia sudi?
Wah..lagu Sudirman sudah bermain di minda. Al maklum lah hati dah senang. Kekasih hati didepan mata. Tapi tak tau la pula macam mana dengan lelaki kat depan aku ni.
Memang tak nak pandang langsung ke muka aku ni? Member dia pula yang ramah sangat. Pelbagai soalan yang ditanya mengalahkan cikgu sekolah. Kalau aku jadi murid dia, confirm aku akan ponteng kelas punya. Sapa nak cikgu macam ni.?
Sampai la kami bertiga habis makan, Amir tak bercakap langsung. Dia hanya menjadi pendengar setia. Sanggup menadah telinga dengar bebelan dari member dia. Kalau aku memang awal-awal aku dah lari. Lari pecut! haa..jangan pandang sebelah mata ok. Ni Fatin la..pernah mewakili sekolah dalam peringkat negeri. Maklum la badan aku waktu tu kurus keding jaa..kalua sekarang ni rasanya tak selaju dulu. Badan dah makin naik! Anak dara yang tak tahu nak jaga badan. Semua makanan di makan. Asalkan halal dan sedap. Itu yang menjadi keutamaan.
"Farish. Jom la. Dah lewat sangat ni. Jap lagi kalau jem susah pulak.Aku tak suka nak tunggu lama-lama dalam kereta." ajak Amir dengan muka yang penuh kebosanan.
Muka aku pula dah jadi sedih. Sebabnya tak tahu bila lagi aku dapat berjumpa dengan Amir. huhuhu
"Yela..dah lewat sangat ni. Fatin, saya dengan Amir balik dulu. Ni contact no saya. Apa-apa nanti kol la." balas Farish sambil menghulurkan kad nama dia.
Dalam hati aku bukan nak contact nama kau. Tapi nak si Amir punya la.
Sekali aku pandang apa yang tertera dekat kad nama tu. Terbeliak sekejap mata ni. Wow! Pangkat besar tu..ada chance la nie..hahaha
Mula dah..nak start perangai yang gila-gila. Yang dah lama aku tinggal. Gara-gara satu insiden.
No comments:
Post a Comment